SELAMAT DATANG

SISTEM KAWALAN PEMBANGUNAN 2.0


Sistem Kawalan Pembangunan 2.0 (SKP 2.0) adalah satu sIstem berasaskan web (web based) yang dibaNgunkan oleh Jabatan Perancangan Bandaraya bersama Jabatan Pengurusan Maklumat (JPM), DBKL bagi menyediakan satu platform pengurusan dokumen yang memudahkan perolehan dan rujukan semula terutama kepada rekod-rekod permohonan perancangan oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Perancangan Bandaraya.

SKP juga turut menyediakan platform perkongsian maklumat antara unit/bahagian/seksyen bagi memudahkan rujukan maklumat oleh pegawai dan kakitangan jabatan dalam melancarkan pelaksanaan tugas hakiki dan harian.

Melalui SKP pengguna dapat mengakses maklumat fail-fail Pembangunan Perancangan, Maklumat kelulusan Perintah Pembangunan, Modul Auto Kira Perancangan, Syarat-syarat Perintah Pembangunan, Garis Panduan Perancangan, serta dokumen Pembentangan unit/bahagian/seksyen bagi tujuan rujukan dalam jabatan.